Slider

DEFINISI

Batik didefinasikan sebagai kaedah hasilan kerjatangan tekstil yang menggunakan lilin sebagai bahan perantara untuk memisahkan atau penghalang kepada kepelbagaian warna yang dicelup atau disapukan ke atas permukaan fabrik samada jenis sutera atau kapas yang bersesuaian, atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai, “wax resist dyeing”.

Proses membatik adalah aplikasi bahan, variasi peralatan, adaptasi rekacorak, inovasi teknik dan ekspresi kreativiti penggiat untuk memberikan nilai tambah bagi memaparkan keindahan rekacorak melalui gabungan warna yang menepati kehendak masyarakat.

Nilai Estetik Seni Kraf Batik

Perkataan BATIK, itu sendiri mempunyai suatu nilai keunikan tersendiri kerana ia melibatkan pengertian yang mendalam tentang imaginasi karyawan merealisasikan proses pembuatan untuk memberi kenyataan estetika, mengungkap ekspresi dan menggubah sesuatu produk supaya berfungsi dan digunapakai manusia sejagat. Realitinya keindahan jenama dan produk ini telah diperakui dan mendapat pengiktirafan dunia.
Pemilihan motif bersumberkan alam semulajadi melalui proses peniruan dan inspirasi penggiat seni membangkitkan kreativiti mengolah, membentuk dan merealisasikan rekaan atau rekacorak samada dalam bentuk sejadi, mentidaksejadikan ataupun memujaradkan halbenda yang dipilih. Kreativiti ini memberi nafas berinovasi bagi menghasilkan rekacorak yang mementingkan elemen-elemen seni tampak yang harus dipraktikkan. Elemen seni ini juga,merangkumi perkara-perkara seperti membentuk garisan, tekstura, keseimbangan, kesatuan, keharmonian, tona, irama dan ragamhiasnya.
Manakala kemahiran penggiat mengendalikan peralatan terutamanya alatan canting semasa proses melilin akan dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Kriteria nilaiannya merangkumi kehalusan garisan, ketelitian rekacorak, variasi tekstura serta keserasian rona-rona pilihan yang harmoni dan indah di atas permukaan fabrik.

TERUSKAN

A.B.H

Asni Boutique House menjual produk berasaskan BATIK. Butik kami sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen generasi terkini dan menumpukan perhatian kepada aspek kesukaan pelanggan kami. Tidak hanya menumpukan perhatian kepada gaya pemakaian, aspek warna dan motif juga menjadi perkara penting bagi setiap generasi lelaki, wanita dan juga kanak-kanak. Butik kami menyediakan pakaian yang dikelaskan kepada kasual dan formal.
Bukan hanya menumpukan pakaian formal dan kasual, Butik kami juga menawarkan skaf berasaskan Batik, Keronsang dan pin Swarovski.
Struktur penentuan harga adalah fleksibel. Kami akan memastikan harga yang dipasarkan adalah sejajar dengan produk yang ditawarkan. Tambahan lagi, harga berdasarkan corak yang dilakar, kain yang digunakan, dan jahitan kepada setiap produk yang dipasarkan. Butik kami akan memastikan produk yang disediakan adalah berkualiti dan memenuhi aspek keistimewaan dari segi layanan pekerja kami kepada pelanggan.

Batik adalah nadi bagi masyarakat melayu terutama di negeri Kelantan & Terengganu . Batik juga harta yang perlu diwarisi keturunan demi keturunan untuk mengekalkan kesenian yang ada pada setiap generasi. Asni Boutique House wujud bagi menonjolkan pelbagai jenis Batik baik dari segi fabrik mahupun kepelbagaian tradisional dan moden

-Pengasas Asni Boutique House-

GALERI GAMBAR

GALERI BUTIK

GALERI PRODUKSI

GALERI PRODUK

JENIS PRODUK

Silk Crepe | Silk Satin | Silk Cotton

 

Silk Crepe | Silk Satin
Silk Crepe | Silk Satin | Silk Cotton | Silk Chiffon
Silk Crepe | Silk Cotton
Silk Chiffon
Silk Satin
Silk Crepe | Silk Cotton
Silk Cotton

HARGA

Harga Pasaran bermula dari RM70.00 hingga RM3,000.00

LOKASI

Butik Kami terletak 10kilometer dari Bandar Kota Bharu . Kedudukan butik sangat strategik . Hanya mengambil masa 7-10minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra . Ia juga berdekatan dengan Pantai Cahaya Bulan .

HUBUNGI KAMI

Close Menu