Slider

ASNI BOUTIQUE HOUSE

Asni Boutique House menjual produk berasaskan BATIK. Butik kami sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen generasi terkini dan menumpukan perhatian kepada aspek kesukaan pelanggan kami. Tidak hanya menumpukan perhatian kepada gaya pemakaian,aspek warna dan motif juga menjadi perkara penting bagi setiap generasi lelaki,wanita dan juga kanak-kanak. Butik kami menyediakan pakaian yang dikelaskan kepada kasual dan formal. Bukan hanya menumpukan pakaian formal dan kasual, butik kami juga menawarkan skaf berasaskan Batik, keronsang dan pin Swarovski.

Struktur penentuan harga adalah fleksibel. Kami akan memastikan harga yang dipasarkan adalah sejajar dengan produk yang ditawarkan. Tambahan lagi,harga berdasarkan corak yang dilakar,kain yang digunakan,dan jahitan kepada setiap produk yang dipasarkan. Syarikat kami akan memastikan produk yang disediakan adalah berkualiti dan memenuhi aspek keistimewaan dari segi layanan pekerja kami kepada pelanggan.

BATIK MALAYSIA

Batik merupakan seni tekstil kraftangan yang unggul di Malaysia ini kerana batik dihasilkan melalui proses lukisan menggunakan lilin cair, diwarnakan dengan teliti serta mencelup warna.

Permintaan Batik

Hari ini, permintaan terhadap batik semakin meningkat sejak beberapa tahun yang lepas selepas pakaian batik dijadikan pakaian rasmi kepada mereka yang berkhidmat dengan badan kerajaan.

Penghasilan Batik

Batik dihasilkan melalui pelbagai cara, antara yang paling mahsyur dalam masyarakat Melayu lama ialah menerusi melukis corak batik di atas kain atau dengan kata lain sebagai ‘Canting’
corak Batik yang dihasilkan melalui proses lukis atau canting ini adalah unik serta agak memakan masa untuk menyiapnya. Oleh itu, batik yang dihasilkan menerusi proses mencanting adalah lebih mahal.

Penghasilan Batik

Cara yang kedua yang paling banyak digunakan ialah menerusi ‘blok tangan, corak batik yang telah reka khas dilekatkan pada blok dan corak batik tersebut akan dicetak ke atas kain. Cara ini juga disebut sebagai ‘Batik Cetak’ atau ‘Batik Blok’.

Revolusi Batik

Dahulu batik dianggap seni pakaian tradisional, tapi kini batik telah melalui pelbagai revolusi fesyen moden di mana batik telah dijadikan elemen penting dalam rekabentuk pakaian masakini.

Close Menu